Rasuah: Konsultan bebas direman lima hari

Iklan

PUTRAJAYA - Seorang konsultan bebas ditahan reman lima hari kerana disyaki menerima upah daripada seorang wanita bergelar Datuk Seri bagi melakukan kerja-kerja membabitkan kegiatan pengubahan wang haram.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berumur 70-an itu dipercayai menerima habuan lebih RM700,000 sekitar 2016 hingga 2017 sebagai balasan bagi melakukan kerja-kerja aktiviti pengubahan wang haram dengan membawa wang tunai yang disyaki hasil penipuan pelaburan.

Iklan
Iklan

Lelaki itu juga disyaki bersubahat dengan wanita yang bergelar Datuk Seri berkenaan berhubung kegagalan mengisytihar sumber wang pelaburan bagi tujuan menipu syarikat milik individu yang berprofil tinggi.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan lelaki itu ditahan ketika hadir ke ibu pejabat SPRM semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Bernama

Iklan
Iklan