Sanusi yakin gelombang hijau kekal hingga PRN
Iklan
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - Pas yakin dapat mengekalkan gelombang hijau atau tsunami Perikatan Nasional (PN) di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana pemimpin sedia ada merupakan yang terbaik selepas segelintir bekas ahli Pas keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Iklan
Iklan
Menurutnya, apa yang berlaku telah mengukuhkan Pas dan bukannya menjadi semakin lemah.
"Ya, Pas pernah perintah satu penggal sahaja di Kedah dan Terengganu. Pemimpin utama ketika itu ialah Mahfuz selaku Naib Presiden, sebab itulah Pas gagal pertahankan Terengganu. Sekarang beliau tidak lagi bersama Pas,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan insentif kemenangan sempena Sukan Malaysia (Sukma) di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Iklan
Pada Selasa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yakin gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mampu memecah dominasi Pas di Kedah kerana tiada apa yang mustahil dalam politik.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah mencabar Mahfuz untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU15 lepas.
Iklan
"Mahfuz kalah dengan majoriti undi 31,000. Marilah berentap di medan politik, bukan cakap sahaja.
"Saya ucapkan selamat kembali (bertembung dalam PRN). Bertandinglah di kerusi DUN pula. Cubalah nasib di mana-mana kawasan sekalipun, Pas sedia berikan cabaran,” katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>