MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'gajah putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baharu.
Sebaliknya, beliau merasakan mana-mana kemudahan sedia ada sudah memadai untuk dinaik taraf, walaupun berlaku isu pertindihan acara membabitkan perlawanan bola sepak dan konsert di negara ini.