Polis cari individu merusuh dalam video tular

Iklan
Polis mengesan individu terlibat dalam kejadian rusuhan di luar Bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah dekat sini pada Ahad.

IPOH - Polis sedang mengesan individu terlibat dalam satu video tular memaparkan kejadian merusuh di luar Bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, video berdurasi 23 saat itu dikesan dikongsi di aplikasi WhatsApp dan telah menarik perhatian umum.

Iklan
Iklan

"Laporan polis telah dibuat dan kita sedang mengesan semua individu yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.