Busquets terlepas aksi Liga Europa

Iklan
Busquets mengalami kecederaan buku lali akibat terjahan pemain Sevilla dalam saingan La Liga pada Isnin. - Foto Agensi

KAPTEN Barcelona, Sergio Busquets mungkin terlepas aksi Liga Europa menentang Manchester United minggu depan selepas pendahulu La Liga itu mengalami kecederaan ketika menentang Sevilla pada Isnin.

Pemain berusia 34 tahun itu terseliuh buku lali akibat terjahan keras pemain Sevilla, Youssef En-Nesyri pada minit keempat perlawanan.

Iklan
Iklan

Barcelona dalam satu kenyataan memberitahu, Busquets menjalani ujian imbasan dan didapati mengalami kecederaan lateral collateral ligamen di buku lali kirinya.

Biarpun tiada sebarang jangka masa ditetapkan bagi proses pemulihannya, bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangka terpaksa berehat selama dua hingga tiga minggu.

Iklan

Akibat kecederaan itu Busquets bakal terlepas dua pertemuan La Liga menentang Villarreal dan Cadiz selain ketika melayani kunjungan United dalam saingan kalah mati Liga Europa pada 16 Februari ini.

Barca kemudian akan bertandang ke Old Trafford seminggu kemudian sebelum melengkapkan jadual perlawanan bulan ini apabila akan berkunjung ke laman Almeria pada 27 Februari.

Iklan