Covid-19: Hanya 175 kes baharu dicatatkan
Iklan
SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 175 kes baharu Covid-19 pada Isnin dan satu daripadanya adalah kes import menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 10,053.
Daripada jumlah itu, Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 96.1 peratus atau 9,659 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).