Bayi dibuang kini dirawat di HSNZ

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

KUALA TERENGGANU - Bayi lelaki yang ditemukan di Perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai, di sini pada petang Ahad dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, bayi malang yang dianggarkan berusia antara empat hingga lima hari itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Iklan
Iklan

Menurut Abdul Rahim, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi itu supaya menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Iklan

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan seorang mekanik tidak menyangka menemukan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di bawah pangkin di tepi rumahnya di tingkat bawah perumahan tersebut.

Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, dia mendengar bunyi tangisan bayi sebaik tiba di rumah selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 6 petang.

Iklan

Selepas menemui bayi tersebut di bawah pangkin, ibu mentuanya bertindak menghubungi pihak polis.