'147 Ketua Wanita UMNO Bahagian mahu Shahrizat kembali tak benar'
Iklan
Rosni - Foto Awani
SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Rosni Zahari mempertikai dakwaan 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian menggesa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali memimpin sayap parti itu.
Memetik laporan Astro Awani, Rosni berkata, beliau telah membuat siasatan dan mengesahkan bahawa kenyataan berkenaan tidak benar sama sekali.
Iklan
Iklan
"Rata-rata mereka menyatakan kegusaran mereka mengenai keharmonian, kedamaian dan setia kawan dalam parti terutama dalam keadaan UMNO tengah nazak.
"Wanita UMNO mahukan kestabilan dalam membina kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada asas perjuangan parti UMNO," katanya pada Ahad.
Iklan
Menurut laporan itu juga, Rosni berkata, beliau telah bersama empat ketua Wanita UMNO, masing-masing dengan gaya kepimpinan masing-masing, termasuk pengganti Shahrizat iaitu Datuk Seri Noraini Ahmad yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi.
Katanya, Noraini diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO ketika parti itu sangat lemah, tiada kuasa dan tiada wang ringgit apatah lagi harta.
Iklan
"Tidak sama kepimpinan terdahulu yang semuanya ada. Jadi adalah tidak adil kepada Noraini jika ada sesiapa nak samakan beliau dengan kepimpinan yang terdahulu.
"Dalam pada (situasi) sukar pun Noraini cuba buat yang terbaik dalam mengarusperdanakan Wanita UMNO semampu mungkin," katanya.
Justeru, Rosni mengingatkan pemimpin Wanita UMNO supaya tidak terkeluar daripada sebarang agenda yang berpotensi memusnahkan parti.
Pada Sabtu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah mendakwa lebih separuh ketua wanita UMNO bahagian menggesa Shahrizat kembali menerajui Wanita UMNO Malaysia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak mahu kerajaan BN di Negeri Sembilan jadi seperti telur di hujung tanduk' - Wan Ahmad Fayhsal"><meta itemprop="description" content="Perikatan Nasional (PN) mahu menjadi rakan yang mampu mengukuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dan tidak mahu pentadbiran negeri itu berada dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk.
Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya ikhlas untuk melihat kejayaan kerajaan BN Negeri Sembilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789818/berita/politik/tak-mahu-kerajaan-bn-di-negeri-sembilan-jadi-seperti-telur-di-hujung-tanduk---wan-ahmad-fayhsal
Tonton video penuh di:
YOUTUBE: https://youtube.com/live/VWh2Zl0C9JI?feature=share
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeraniSemuka #Umno #Amanah #Wawasan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-29T05:02:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/czBHc1gQObGwwicY_/x1080"><meta itemprop="duration" content="P96S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xat4aqu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xat4aqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xat4aqu"></script>