Kerajaan pergiat pupuk semangat perpaduan rakyat
Iklan
Dr Wan Azizah (lapan dari kiri) bersama Mohd Na'im (lima dari kanan) menggaul Yee Sang pada Jamuan Muhibah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sempena Tahun Baharu Cina 2023 pada Ahad. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempergiat usaha mempupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, usaha tersebut selaras dengan konsep Malaysia Madani seperti yang diaspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
Iklan
"Kita akan perhebatkan usaha dan program untuk memupuk semangat kesatuan, perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya pada majlis Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pusat Belia Antarabangsa di sini pada Ahad.
Jamuan yang diadakan sempena sambutan Chap Goh Mei itu turut dihadir isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Iklan
Mengenai majlis itu, Mohd Nai'im berkata, program menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa seperti itu menjadi bukti manifestasi konsep Malaysia Madani.
Terdahulu, lebih 500 tetamu yang terdiri daripada 200 keluarga komuniti Cina termasuk 100 orang mualaf menghadiri program yang bertujuan mendekatkan Yadim dengan masyarakat khususnya daripada komuniti berkenaan.
Iklan
Selain jamuan makan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan buku serta pameran.
Sempena program itu, Yadim turut mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan untuk penduduk sekitar Parlimen Bandar Tun Razak. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>