Durian Menu Rahmah, hanya RM4.99 sebekas

Iklan
Peniaga Durian di Jalan Kebun yang dikenali Durians Atok menjual raja buah tersebut dengan hanya RM4.99 sebekas.

SHAH ALAM - Selepas kerajaan menyarankan peniaga makanan untuk memperkenalkan Menu Rahmah, peniaga durian juga tidak ketinggalan untuk menyahut seruan tersebut.

Peniaga Durian di Jalan Kebun yang dikenali Durians Atok mengambil inisiatif menjual raja buah tersebut dengan hanya RM4.99 sebekas.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsiannya di Facebook, jualan yang dilakukan sebanyak 50 bekas tersebut telah berjaya dijual dalam masa 10 minit sahaja.

"Tadi atok ada buat durian Menu Rahmah tanda menyahut seruan kerajaan. 50 bekas terjual dalam 10 minit sahaja.

Iklan

Pada 27 Januari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan akan memperkenal Menu Rahmah iaitu hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah, khusus untuk golongan miskin tegar.

Tambah Salahuddin, menu berkenaan merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur akan dilaksanakan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, minggu depan.

Iklan

Menu berkenaan tercetus menerusi sesi libat urus KPDN bersama pemain industri bagi mencari kaedah terbaik menangani isu kenaikan harga makanan dalam situasi 'menang-menang' bagi mengurangkan kos operasi serta menawarkan harga munasabah kepada pelanggan.

Oleh demikian, sehingga 31 Januari, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah bagi memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.