Sultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi PM
Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima undangan Anwar dengan mengadakan pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat memenuhi undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan pertemuan di kediaman rasmi PM di Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Pada pertemuan itu, Anwar telah mempersembahkan taklimat kepada baginda berkenaan lawatan kerja beliau ke Singapura pada 30 Januari lalu.
Iklan
Iklan
Beberapa keping foto pertemuan baginda dan Anwar dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda.
Menerusi lawatan di Singapura itu, Anwar antaranya meminta supaya republik tersebut meneliti setiap penambakan di sekitar kawasan Batu Puteh agar tidak memberi kesan kepada persekitaran dan persempadanan.
Iklan
Selain itu, Anwar dilaporkan berkata, kunjungan itu dapat manfaatkan beberapa perkara termasuk isu-isu rundingan terus serta isu-isu sensitif, yang menurutnya boleh dibincangkan lagi dengan teliti termasuk berkaitan isu pembekalan air.
Anwar berkata, terdapat kesediaan Singapura membuka perbincangan berkaitan isu air dengan perkiraan baharu bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi Johor dan republik ini dan menurutnya rundingan penyumberan air boleh diperluas ke Pahang.
Iklan
Menurutnya lagi, perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menyentuh isu berkenaan kesesakan di Tambak Johor, yang disifatkan Anwar sebagai menyusahkan ratusan ribu rakyat Malaysia dan juga rakyat Singapura ke Malaysia.
Pertemuan itu turut menyentuh mengenai lalu lintas ruang udara dan Anwar berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk menetapkan kawasan yang harus jadi hak mutlak Malaysia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>