Ramai calon PN layak jadi MB Selangor

Iklan
Dr Ahmad Yunus (tengah) antara calon yang berkelayakan menyandang jawatan MB Selangor.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mempunyai ramai calon yang layak diangkat sebagai Menteri Besar Selangor jika gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, lebih daripada 10 calon Menteri Besar Selangor yang bersih, kompeten dan berkredibiliti dapat diketengahkan bagi tujuan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, salah satu daripadanya adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang mempunyai rekod bersih dan cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Paling penting calon-calon tersebut mestilah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Iklan

Katanya, Dr Ahmad Yunus merupakan anak jati Selangor yang juga adalah doktor perubatan serta berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri selama dua penggal.

"Beliau juga bergiat aktif dalam kebajikan dengan menggerakkan Yayasan Amal Selangor. Bagi saya, (beliau) seorang pemimpin yang 'Walk The Talk' dan fokus dalam kerja beliau," ujarnya.

Iklan

Beliau berharap PN dapat menguasai Selangor dan membawa perubahan yang lebih baik untuk negeri tersebut.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi sebelum ini berkata, PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang PRN kali ini.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan itu terletak kepada kebijaksanaan kepimpinan PN bagi menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting berkenaan.