RMHC, YDN bantu pelajar di Sarawak
Iklan
Fadhlina (berdiri, sembilan dari kanan) bergambar bersama pelajar yang menerima Pek Kembali ke Sekolah daripada RMHC Malaysia YDN dalam Majlis Pelancaran dan Penyerahan Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah, di SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan, Kuching.
PERSATUAN Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) menerusi programnya, Pek Kembali Ke Sekolah telah memberikan sumbangan kepada 175 pelajar sekolah rendah di sekitar daerah Kuching, Sarawak.
Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, program RMHC Malaysia itu disokong sepenuhnya oleh Mc Donald' s Malaysia (Mc Donald's) sebagai penaja korporat utama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, McDonald's Malaysia (McDonald's) berbesar hati kerana dapat menjayakan Program Pek Kembali ke Sekolah di Bumi Kenyalang dan merupakan tahun keenam pelaksanaannya di seluruh negara.
"Buat pertama kalinya, RMHC Malaysia dengan kerjasama YDN menganjurkan majlis penyerahan di luar Semenanjung Malaysia sejak program ini diperkenalkan dengan harapan mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan.
Iklan
"Sumbangan yang disampaikan mampu menyuntik semangat untuk anak-anak ini sekali gus membolehkan mereka menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Penyampaian sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu majlis yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan, Kuching pada 27 Januari lalu.
Fadhlina (tiga dari kanan) dan tetamu yang hadir bergambar bersama beberapa pelajar yang merupakan penerima Pek Kembali ke Sekolah.
Iklan
Menurut Azmir yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, penerima sumbangan itu merupakan pelajar sekolah rendah yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuching dan kawasan berdekatan.
Mengulas lanjut, Azmir berkata, pada tahun 2022, RMHC Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi penyediaan Pek Kembali ke Sekolah yang akan memanfaatkan kira-kira 25,000 murid-murid sekolah rendah berlatarbelakangkan keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.
"Sumbangan ini akan disalurkan secara berperingkat sebelum sesi persekolahan bermula pada Mac nanti,” kata Azmir.
Azmir berkata, YDN merupakan sebuah badan rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditubuhkan bagi menggembleng kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumbangan ke arah melestarikan pendidikan berkualiti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>