MENJELANG Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap supaya kerajaan dapat menyalurkan peruntukan tambahan bagi membantu persiapan atlet mengharungi temasya besar pada tahun ini dan tahun hadapan.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024 memerlukan penumpuan khusus terutama dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet.