Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin dipilih Ahli FIFA
Iklan
Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin. - Foto FB Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.
Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin dan menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada FAM serta negara.
Iklan
Iklan
"Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, pada Khamis.
Hamidin yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.
Iklan
Beliau merupakan antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.
Seri Paduka turut menzahirkan keyakinan bahawa Hamidin, berbekalkan keupayaan dan pengalaman luasnya mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis FIFA dengan jayanya.
Iklan
Baginda turut yakin bahawa Hamidin akan membawa suatu nafas baharu kepada sukan bola sepak dunia dan negara serta menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepadanya, selain mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>