Berhimpun tanpa permit: 10 individu dirakam keterangan

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya merakam keterangan kesemua individu itu baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Kita akan memanggil beberapa individu lagi yang telah dikenal pasti dalam masa terdekat," katanya pada Himpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Khamis.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis mengenal pasti individu terlibat dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Iklan

Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Polis mengesan demonstrasi aman dan serahan memorandum membantah pembakaran al-Quran serta demonstrasi solidariti bantahan penghinaan agama Islam yang tidak mematuhi undang-undang diadakan di lokasi berkenaan.

Iklan

Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan seramai 400 orang menyertai perhimpunan diadakan di hadapan Kedutaan Sweden.