Mayat ditemui terapung selepas sehari keluar hospital

Iklan
Mayat Tee Siang ditemui terapung di Sungai Melaka di sini, pada Rabu. (Gambar kecil: Tee Siang)

MELAKA - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang baharu sehari keluar Hospital Melaka ditemui meninggal dunia di Sungai Melaka di sini, pada Rabu.

Mayat Lim Tee Siang, 38, yang lengkap berpakaian ditemui terapung di sungai itu oleh pemandu bot pelancong River Cruise kira-kira jam 11.25 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 11.35 pagi sebelum sepasukan anggota polis dari Balai Polis Melaka Tengah bergegas ke lokasi kejadian.

"Identiti mangsa telah disahkan melalui pengecaman yang dilakukan ahli keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Jelas beliau, berdasarkan maklumat keluarga mangsa baharu sehari keluar hospital selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit mental.

"Kejadian itu juga berlaku kira-kira jarak 100 meter dari restoran bapa mangsa dan sebelum kejadian itu individu itu memaklumkan melihat mangsa keluar bersiar-siar di tepi sungai," katanya lagi.

Iklan

Ujar beliau, pemeriksaan fizikal pada badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes kematian mangsa.

"Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujar beliau lagi.