Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan

Iklan
Aiman Athirah beramah mesra bersama Fauziah Nordin (kanan) yang merupakan adik kepada mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin pada Majlis Sumbangan Tabung Kasih kepada waris mangsa keganasan rumah tangga di kementerian itu, pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih kepada adik mangsa, Fauziah Nordin, di sini pada Selasa, Aiman Athirah berkata, JKM mula menyalurkan bantuan bulanan RM500 kepada keluarga itu sejak Julai lepas.

Iklan
Iklan

Jahidah, 44, petugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Beliau yang ketika itu hamil enam minggu mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan, selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak, disyaki dipukul.

Iklan

Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada November 2021. - Bernama

Iklan