Perdana Menteri baharu Taiwan angkat sumpah

Iklan
Foto 123RF

TAIPEI - Bekas naib presiden, Chen Chien-jen mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Taiwan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Beliau akan mengetuai Kabinet yang baharu dibentuk ketika Parti Progresif Demokratik (DPP) berusaha untuk mendapatkan semula kedudukan berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya tempatan pada November.

Iklan
Iklan

Bekas Perdana Menteri, Su Tseng-chang pada Isnin mengetuai barisan kabinetnya meletak jawatan dalam rombakan besar-besaran yang berpunca daripada pretasi buruk DPP dalam pilihan raya.

Chien-jen, 71, dilantik oleh Presiden Tsai Ing-wen pada Jumaat bagi menggantikan Tseng-chang, 75, yang berkhidmat sebagai perdana menteri sejak Januari 2019.

Iklan

Beliau berkata, keutamaan kabinet baharunya ialah melaraskan sekatan Covid-19 untuk mengembalikan kehidupan normal dan menghasilkan dasar untuk membantu rakyat dan perniagaan yang bergelut dengan masalah ekonomi akibat pandemik.

Selain itu, lebih banyak tindakan akan diambil untuk memajukan daya tahan dan daya saing Taiwan seperti meningkatkan infrastruktur dan menambah baik program kebajikan sosial.

Iklan

Dalam kabinet baharu itu, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri, pertahanan dan dasar rentas selat masih mengekalkan muka lama. - Bernama