Leeds United pinjam 'arkitek tengah' Juventus

Iklan
McKennie

LEEDS United menandatangani pemain tengah Amerika Syarikat, Weston McKennie secara pinjaman sehingga akhir musim daripada Juventus, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 24 tahun itu telah membuat hampir 100 penampilan untuk jagoan Serie A Itali tersebut sejak menyertai pada 2020, menjaringkan 13 gol dan memberikan lima bantuan.

Iklan
Iklan

McKennie juga turut membantu The Old Lady yang berpangkalan di Turin itu merangkul kejuaraan Piala Super Itali 2020 dan Coppa Italia 2021.

Dia mempunyai 41 caps untuk Amerika Syarikat dan membantu pasukan kebangsaan mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Iklan

Bekas pemain Schalke 04 itu akan menyertai rakan senegara, Tyler Adams dan Brenden Aaronson di Leeds, yang dibimbing oleh rakan senegaranya Jesse Marsch.

Leeds juga menandatangani pemain pertahanan Max Wober dan penyerang Georginio Rutter pada jendela perpindahan Januari.

Iklan

Kelab itu berada di tangga ke-15 dalam kedudukan, hanya satu mata di atas zon penyingkiran akan mengunjungi Nottingham Forest di City Ground pada Ahad.