Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Iklan
Mahfuz
ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan Pas memberi wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.
Iklan
Iklan
"Saya harap kes ini dipercepatkan bagi menyelamatkan negara daripada golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan imej agama.
"Saya bimbang isu sama akan berulang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di enam buah negeri lagi,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Iklan
Mahfuz berkata, pihaknya kesal apabila terdapat cubaan membersihkan jenayah rasuah dengan melabel perbuatan itu sebagai sedekah, seolah menghalalkan rasuah atas nama agama.
"Hukum rasuah untuk pemberi dan penerima adalah berdosa, daripada rasuah masuk neraka.
Iklan
Sehubungan itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang ketika pilihan raya sebagai sedekah, sesuatu yang mengejutkan dan mengelirukan tanggapan orang ramai terhadap rasuah.
"Kenyataan Abdul Hadi itu umpama untuk menyucikan rasuah dengan dinamakan ibadah supaya apabila kita buat tanpa rasa takut. Namun dibimbangi ‘fatwa’ Abdul Hadi itu boleh mengheret umat Islam melakukan dosa tanpa mereka sedar, ini kerana ulama sendiri yang cakap ia sedekah,” katanya.
Tambahnya, Pas didakwa cuba menjenamakan semula istilah rasuah kepada sedekah, walhal ia merupakan perbuatan memberi habuan untuk mendapatkan manfaat.
"Video yang tular jelas memaparkan sedekah itu dalam konteks bersumpah bahawa saya undi Pas. Ini perkara yang sangat mengejutkan apabila cuba tukarkan rasuah kepada sedekah atau jenayah kepada ibadah.
"Kes ini tidak ubah seperti pencuri curi ayam tetapi bila dia nak makan ayam itu, dia sembelih dahulu ayam sebab yakin halal dimakan,” katanya sinis.
Pada Selasa, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau rasuah ketika tempoh berkempen PRU15.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, meskipun ada parti politik menyatakan bantuan kewangan yang diberikan kepada orang ramai adalah berupa sedekah, namun pemberian tersebut tetap satu unsur rasuah seperti ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.