Gopal Sri Ram meninggal dunia

Iklan
Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga peguam, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun.

Berita kematian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam kepada Bernama.

Iklan
Iklan

"Ya, benar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengah hari tadi di sebuah hospital swasta di sini," katanya ketika dihubungi.

Sri Ram dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.

Iklan

Sri Ram merupakan pendakwa raya utama dalam kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa raya utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram. - Bernama

Iklan