KOTA KINABALU - Situasi banjir di Sabah dilihat mulai pulih apabila hanya seramai 1,723 mangsa yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam Sabtu.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, hanya PPS di tiga daerah iaitu Paitan membabitkan seramai 333 mangsa, Pitas (1,348) dan Lahad Datu (42) yang masih beroperasi ketika ini.