'Samseng jalanan tidur lokap'

Iklan
Polis menahan tiga penunggang motosikal selepas dikesan melakukan aksi samseng jalanan di Lebuhraya Elite, Sepang pada Sabtu.

SEPANG - Tiga sekawan terpaksa bermalam di dalam lokap gara-gara melakukan aksi samseng jalanan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat sini pada Sabtu.

Aksi berbahaya tiga penunggang motosikal itu dikesan menerusi operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kira-kira jam 2.40 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, tiga penunggang itu dikesan melakukan aksi superman, bersaing sesama sendiri dan zig-zag.

"Aksi itu jelas membahayakan kepada penunggang serta pengguna jalan raya lain.

Iklan

"Ketiga-tiga penunggang berusia 22 hingga 25 tahun itu telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk siasatan lanjut," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua motosikal jenis Y15ZR telah disita untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Siasatan awal dipercayai mereka dalam perjalanan pulang selepas makan di sebuah restoran popular di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.