Hapuskan Islamofobia, elak perbuatan hina Islam

Iklan
Orang ramai yang menyertai bantahan terhadap isu menghina Islam dan membakar al-Quran oleh ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan pada Jumaat.

KOTA BHARU - Menghapuskan Islamofobia antara usaha yang dapat mengurangkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaari berkata, tindakan itu berlaku kerana beberapa negara besar Islam masih lagi dipecah dan perintah oleh ideologi barat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepatutnya sudah bersatu dan mempunyai ikatan kukuh dalam konteks ekonomi dan ketenteraan supaya negara barat lebih gerun untuk menghina Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai bantahan terhadap isu menghina Islam dan membakar al-Quran oleh ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan pada Jumaat.

Iklan

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa memberitahu, umat Islam hidup dengan aman di dunia dan tidak menyentuh sensitiviti agama lain.

"Kita hormati perkara dalam agama termasuk tidak menghina nabi, al-Quran atau melakukan provokasi sehingga membangkitkan kemarahan.

Iklan

Ahmad Mazuk sebelum itu menyampaikan ceramah agama mingguan di Dataran Mara di sini.

Beliau berharap tidak berlaku penghinaan dan cacian kepada perkara berkaitan agama di negara ini sehingga boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sikap Islamofobia Ketua Stam Kurs itu yang membakar al-Quran di Stockhlom minggu lalu.

Paludan yang berada di bawah perlindungan polis diberi kebenaran membakar kitab suci itu di hadapan Kedutaan Turki sebagai tanda protesnya kepada negara Islam dan imigran.