Tak munasabah caj air suam RM2 - MB
Iklan
Aminuddin Harun. - Foto Bernama
SEREMBAN - Tindakan peniaga mengenakan caj RM2 untuk segelas air suam kepada pelanggan adalah tidak munasabah.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan menaikan harga secara melampau walaupun pada musim perayaan.
Iklan
Iklan
"Kalau air suam itu, kita sepatutnya tahulah berapa harganya. Saya harap ia tak berlaku lagi kerana kerajaan bukannya menaikkan tarif air.
"Saya mohon para peniaga di Port Dickson supaya tidak mengambil kesempatan walaupun pada cuti umum atau hari biasa dengan kekalkan kemesraan yang selalu dikatakan supaya orang tak rasa jadi sejarah hitam buat mereka apabila datang ke Port Dickson," katanya kepada media pada Khamis.
Iklan
Sebelum ini tular di media sosial, peniaga di Port Dickson mengenakan caj RM2 untuk air suam dan RM1 untuk air kosong kepada pelanggan.
Resit berkenaan dikongsi seorang pelanggan pada hantaran Facebooknya dan jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain ialah RM102.
Iklan
Aminuddin yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berharap kes berkenaan tidak berulang demi menjaga Port Dickson sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Saya berharap peniaga bersikap lebih bertanggungjawab dan bukannya mahu mengejar keuntungan kerana masih ada masa panjang untuk menjalankan perniagaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>