Lima maut akibat cuaca sejuk melampau di Jepun

Iklan
Pejalan kaki melintasi persimpangan di kawasan Ginza di Tokyo pada Khamis. - Foto AFP

TOKYO - Ribut salji dan sejuk melampau telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang di Jepun.

Di beberapa tempat di negara ini, suhu menurun kepada paras terendah sehingga 12 darjah Celsius di bawah sifar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Iklan
Iklan

Laluan kereta api dan jalan raya turut terjejas.

Di wilayah barat Kyoto dan Shiga, ribuan orang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau di stesen manakala pemandu kenderaan terkandas di beberapa jalan utama di samping beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media tempatan pada Khamis.

Iklan

Jepun sedang dilanda musim sejuk paling sejuk setakat ini.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk di Laut Jepun serta pantai Pasifik berikutan kawasan berkenaan diramal akan dilanda salji tebal selain ombak besar. - Bernama

Iklan