SHAH ALAM - Genap tiga tahun negara dibelenggu dengan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus semenjak kes pertama mula direkodkan pada 25 Januari 2020.
Dalam satu perkongsian di Facebooknya pada Khamis, Hisham berkata, sepanjang tempoh itu, negara telah mencatatkan sebanyak 5,035,073 kes keseluruhan dengan 36,932 kes kematian dan seramai 4,988,143 orang telah sembuh.