Lima negeri berisiko dilanda banjir kilat

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di Perak, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan pada Khamis, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di lima negeri terlibat jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Iklan
Iklan

Di Perak, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Perak Tengah (Mukim Pasir Salak, Mukim Pasir Panjang Hulu, Mukim Layang-Layang serta kawasan sekitarnya) dan Mukim Changkat Jong, Mukim Durian Sebatang serta kawasan sekitarnya bagi daerah Hilir Perak.

Sementara di Johor, daerah yang berisiko banjir kilat ialah di Mersing melibatkan Mukim Triang, Mukim Padang Endau serta kawasan sekitarnya.

Iklan

Di Pahang pula melibatkan daerah Rompin iaitu Bandar Endau, Mukim Pontian, Mukim Endau serta kawasan sekitarnya.

Empat daerah di Sarawak turut dijangka terlibat iaitu beberapa kawasan di Kuching, Samarahan, Betong dan Miri.

Iklan

Manakala di Sabah, dua daerah yang berisiko terlibat dengan banjir kilat iaitu Tuaran (Pekan Tenghilan, Kampung Berungis serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pitas (Kampung Tambilidon serta kawasan sekitarnya).