Masters Indonesia: Zii Jia mulakan kempen dengan kemenangan
Iklan
Lee Zii Jia
[DIKEMAS KINI] JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan meraih kemenangan di Istora Senayan di Jakarta, awal pagi Khamis.
Pemain ranking keempat dunia itu tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.
Iklan
Iklan
Zii Jia sekali gus akan menentang pemain ranking ke-18 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang turut mara selepas menewaskan pemain profesional negara Cheam June Wei 21-6, 21-15.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya memerlukan 31 minit untuk menyingkirkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-6, 23-21.
Iklan
Soon Huat-Shevon akan berdepan satu lagi gandingan Denmark, Mathias Thyrri-Amelia Magelund yang turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Taiwan Chang Ko-Chi-Lee Chih-Chen 21-15, 22-20.
Keputusan sama turut dilakar oleh satu lagi beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas menewaskan gandingan Jerman Jones Ralfy Jensen-Linda Elfer 21-10, 21-10.
Iklan
Kian Meng-Pei Jing akan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Aisyah Salsabila Putri Pranata yang berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan India Rohan Kapoor-Reddy Sikki 12-21, 23-21, 21-16. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>