Banjir: 35 orang terperangkap di Kem Perkhemahan Tanjung Lompat

Iklan
Kira-kira 35 orang terperangkap di sebuah tapak perkhemahan di Tanjung Lompat, Kota Tinggi. - Foto - Bomba Johor

JOHOR BAHRU - Keseronokan berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Daerah Kota Tinggi bertukar detik ngeri apabila kira-kira 35 orang terperangkap di Tanjung Lompat, susulan banjir, petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang.

Iklan
Iklan

Susulan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah Hilux bersama sembilan anggota dikejarkan di tempat kejadian bagi membantu mangsa banjir, kata beliau.

"Tebing saliran yang menjadi laluan utama keluar masuk ke tapak perkhemahan berkenaan runtuh akibat banjir sehingga menyebabkan aliran itu menjadi selebar 20 kaki (6.1 meter) sekali gus menutup laluan berkenaan menyukarkan kenderaan untuk keluar dari situ.

Iklan

Pihak bomba kemudiannya membuka laluan alternatif berdekatan di sebuah hotel supaya kenderaan yang terperangkap boleh menggunakan jalan pantai untuk keluar jalan besar,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Beliau berkata, sebanyak 16 kenderaan yang terperangkap pada mulanya berjaya menggunakan laluan alternatif berkenaan.

Iklan

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.50 malam Selasa. - Bernama