Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,093 orang

Iklan
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,093 orang setakat 4 petang Selasa. - Foto APM

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,093 orang setakat 4 petang Selasa berbanding 422 mangsa yang direkodkan pada pukul 2 petang tadi, susulan hujan lebat yang tidak henti-henti sejak awal pagi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) memaklumkan, lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka menjadikan kesemuanya 13 PPS di Daerah Kluang, Segamat dan Kota Tinggi.

Iklan
Iklan

Bagi Daerah Kluang pula, seramai 75 orang daripada 19 keluarga dipindahkan ke empat PPS sementara 43 penduduk daripada enam keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke sebuah PPS,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Menurut jawatankuasa itu juga, setakat ini tiada jalan yang ditutup di negeri ini dengan kesemuanya masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Iklan

Berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Johor telah melepasi paras berbahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.04 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.4m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 37.97m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.41m. - Bernama

Iklan