Perhilitan Perak sahkan terima aduan kelibat harimau

Iklan
Perhilitan Perak menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman CCTV di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini. - Gambar hiasan

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya pada Isnin dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk pada kira-kira pukul 6 petang Isnin, namun tidak dapat mengenal pasti jenis harimau dan lokasinya ketika ini.

Iklan

"Pengadu menghubungi balai polis dan memaklumkan terlihat ada kelibat haiwan itu dalam CCTV. Kita telah menghantar anggota ke lokasi namun tiada tangkapan setakat ini dan pihak Perhilitan sedang mengambil tindakan,” katanya.

Sejak Isnin, tular video rakaman CCTV berdurasi 49 saat, menunjukkan kelibat seekor haiwan dipercayai harimau berjalan di hadapan rumah yang dikatakan berlaku di Taman Bernam Baru. - Bernama

Iklan