MBSA agih baju percuma

Iklan
Kira-kira 3,000 pengunjung memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Shah Alam.

SHAH ALAM - Sebanyak 477 baju percuma diagihkan kepada pengunjung di program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan sempena sambutan tahun ke tujuh program berkenaan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, pemberian baju itu diagihkan kepada pengunjung terawal dalam program pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Kakitangan dan pegawai MBSA pada program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Shah Alam.


"Kehadiran pengunjung sangat menggalakkan iaitu kira-kira 3,000 juga memperlihatkan perkembangan positif untuk MBSA merealisasikan sasaran Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030," katanya kepada pemberita.

Pengisian sepanjang Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan juga meliputi pelbagai aktiviti antaranya 'Fun Run', kayuhan santai, senamrobik, persembahan tarian kebudayaan dan tarian singa.

Iklan

Majlis pelancaran dan pelepasan disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Iklan