Spurs mahu kekal rentak kemenangan

Iklan
Conte

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengharapkan pemainnya menggunakan keputusan positif ke atas Fulham sebagai titik permulaan untuk mencapai lebih banyak kemenangan sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Harry Kane menyamai rekod jaringan sepanjang masa Jimmy Greaves untuk Spurs ketika pasukan itu bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut kepada Arsenal dan Manchester City dengan kemenangan 1-0 di Fulham pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut Conte, kemenangan 1-0 ke atas Fulham menjadi penanda aras kepada pasukan membetulkan prestasi yang kurang memberangsangkan selepas rehat Piala Dunia.

"Saya mendapat jawapan yang baik daripada pemain. Kami memerlukan permainan yang mantap seperti musim lalu. Mereka mempunyai keinginan untuk bermain dan serius.

Iklan

"Kami menunjukkan apabila bermain sebagai satu pasukan, sangat sukar untuk menentang kami. Hari ini mesti menjadi titik permulaan untuk memberikan segala-galanya. Kami mempunyai 17 perlawanan lagi.

Dalam pada itu, Conte turut menyangkal mengenai hubungannya dengan pengerusi pasukan itu, Daniel Levy selain menegaskan dia berbangga untuk melatih kelab.

Iklan

"Saya amat berbangga menjadi pengurus Tottenham dan saya mempunyai kemungkinan menjadi pengurus sebuah kelab penting.

"Atas sebab itu, saya mahu berjuang sehingga tamat dengan pemain. Dalam tempoh terakhir, kami kurang menyerlah kerana mungkin kami kehilangan beberapa karakter dari musim lalu.

"Saya bercakap dengan pemain dan saya mempunyai pemain yang bagus. Mereka faham kami perlu berjuang sehingga tamat untuk kedudukan yang bai," katanya.