Kerajaan Perpaduan santuni semua kaum

Iklan
Ahmad Zahid (duduk, tengah) menyantuni Cheah Seoh Lian, 85, (duduk, kiri) ibu kepada rakan karibnya Beh Song Wan, 60, (duduk, kanan) ketika menziarahi mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Bagan Datuk pada Isnin. - Foto Bernama

BAGAN DATUK - Kerajaan Perpaduan beri jaminan menyantuni semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ketika ini meraikan kepelbagaian dalam satu kesatuan bangsa Malaysia harus dapat diwujudkan demi menjalin semangat perpaduan yang kukuh.

Iklan
Iklan

"Bagi saya masyarakat Malaysia kena akui hakikat bahawa mengikut hukum ALLAH, Malaysia mempunyai penduduk terdiri pelbagai kaum.

"Kita beri penghargaan kepada masyarakat Cina, penghargaan sama juga kita berikan kepada masyarakat India dan orang-orang Melayu yang akan menyambut perayaan dan Ramadan tidak lama lagi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman keluarga angkatnya di Simpang Empat, Hutan Melintang di sini pada Isnin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan, kepelbagaian perbezaan kaum dan agama kalangan masyarakat di negara ini harus dijadikan elemen penting kepada penyatuan dan bukannya mewujudkan garis pemisah.

Iklan

Katanya, semangat penyatuan itu perlu terjalin melalui persefahaman silang budaya bagi melahirkan masyarakat yang benar-benar berpadu.

"Saya sendiri setiap tahun tidak pernah gagal datang ke rumah ini (keluarga angkat) dan kedatangan saya bukan sahaja diraikan keluarga ini, tetapi pemimpin masyarakat dan politik daripada parti-parti Cina yang pelbagai, parti India dan tentunya UMNO dan Barisan Nasional (BN) selaku tulang belakangnya.

"Kita akan terus mempertahankan penyatuan masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya ini," katanya.