Tun M antara 100 individu berpengaruh di dunia

Iklan
Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Majalah berita antarabangsa, Time yang mempunyai edaran meluas di seluruh dunia menamakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini.

Senarai '100 Most Influential People' dikeluarkan setiap tahun oleh Time sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Iklan
Iklan

Antara individu ternama dalam bidang politik yang turut tersenarai adalah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden China, Xi Jinping; Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan ahli kongres wanita Amerika Syarikat paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez.

Penyenaraian Dr Mahathir bersama beberapa tokoh dunia lain hadir tidak sampai sebulan sebelum 9 Mei, tarikh keramat PH pimpinannya menumbangkan BN pada PRU14 lalu.

Iklan

Susulan kejayaan PH menumbangkan BN yang memerintah lebih 60 tahun, Dr Mahathir yang berusia 92 tahun ketika itu, dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, sekali gus menjadi individu paling tua memegang jawatan berkenaan.

Selain pemimpin dunia, senarai kategori bagi 100 individu paling berpengaruh 2019 Majalah Time, antara lain turut merangkumi artis dan ikon.

Iklan

Turut tersenarai ialah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Taylor Swift dan kumpulan K-Pop, BTS.

Sementara itu, ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka turut tersenarai.

Senarai penuh 100 individu paling berpengaruh berkenaan boleh dilihat di laman web majalah berkenaan.