Malaysia tetap bangga prestasi pasukan hoki - Anwar

Iklan
Speedy Tigers meraikan kejayaan selepas berjaya mengutip mata pada aksi crossover di Bhubaneswar pada Ahad. - Foto EPA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tetap berbangga dengan prestasi pasukan hoki negara ini walaupun terlepas peluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2023.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalty shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini.

Iklan
Iklan