KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.
Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, antara kesalahan tertinggi yang dikesan adalah memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melawan arus, memandu melebihi had laju serta gagal patuhi lampu isyarat.