UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mustafa
SEREMBAN - UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Ketuanya, Mustafa Salim berkata, pihaknya tidak pernah membuat apa-apa bantahan dan laporan berkaitan usul tersebut.
Iklan
Iklan
"Jadi tak timbul isu kita tidak bersetuju dan saya nak tegaskan tindakan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom itu adalah tindakan peribadi dia, bukannya mewakili UMNO Seremban," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, UMNO Seremban memilih untuk menghormati apa yang telah diputuskan oleh parti kerana usul jawatan tertinggi tersebut tidak dipertandingkan telah mendapat sokongan lebih 90 peratus perwakilan.
Iklan
Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada dalam kalangan ahli yang tidak bersetuju.
"Tapi sebagai ahli parti, kita perlu akur dengan suara majoriti dan tidak sepatutnya bertindak sesuka hati menyatakan bantahan.
Iklan
"Muhammad Fiqri itu pula hanya ahli biasa dan banyak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan merupakan penyokong kuat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,"katanya.
Sehubungan itu beliau akan berbincang dengan Biro Politik Seremban untuk mengambil tindakan terhadap Muhammad Fiqri kerana dia sepatutnya merujuk ketidakpuasan itu Kepada UMNO Bahagian Seremban, bukannya mengambil tindakan melulu.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Seremban mendakwa UMNO melanggar Perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung (PAU) yang lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>