Abang cabul adik perempuan

Iklan
Abdul Rahim Md Din

KUALA TERENGGANU - Seorang abang berusia 23 tahun tergamak melakukan perbuatan terkutuk, mencabul adik perempuannya yang berusia 14 tahun, di kediaman mereka di Gong Badak, Kuala Nerus.

Tembelang lelaki itu pecah apabila mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis kerana dibelasah oleh suspek sehingga mengalami kecederaan, semalam.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira iam 8.30 malam itu, mangsa mendakwa suspek mengamuk dan memukulnya selepas tidak memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan wang.

"Dalam kejadian itu, suspek ada meminta sejumlah wang tetapi mangsa tidak ada wang sebelum lelaki itu mengamuk dan menumbuk kepala serta pipi remaja itu.

Iklan

"Akibat tindakan itu, mangsa mengalami kecederaan benjol di kepala dan lebam di kedua belah pipinya sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas sumber, dalam laporan itu juga, mangsa mendakwa pada minggu lepas, suspek mencabulnya ketika dia sedang tidur di dalam bilik bersama adik lelaki berusia 10 tahun.

Iklan

"Mangsa mendakwa suspek masuk ke dalam bilik sebelum bertindak mencabulnya. Gadis itu mendakwa cuba melawan tetapi suspek bertindak kasar dengan mengarahkan supaya tidak membuat bising.

"Mangsa mendakwa kejadian seperti itu kerap kali berlaku sebelum ini tetapi disebabkan sering diugut akan dicederakan oleh suspek sekiranya menceritakan kejadian itu kepada kedua ibu bapa mereka, mangsa mengambil keputusan mendiamkan diri.

"Bagaimanapun, selepas kejadian ditumbuk (semalam), mangsa nekad mendedahkan perbuatan terkutuk itu kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan kejadian di Balai Polis Gong Badak.

Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.