Pemandu TPM parah motosikal kemalangan
Iklan
KUALA LUMPUR - Pemandu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah Sani Said, 60, cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Segambut Dalam, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, motosikal yang ditunggang Abdullah Sani bertembung dengan motosikal lain selepas cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari persimpangan Persiaran Prima Pelangi.