Tiga lagi suspek kes bunuh diburu

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis sedang berusaha mengesan tiga lagi suspek kes bunuh seorang lelaki di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada September 2020.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mereka terdiri daripada N. Vesnu, 32, alamat terakhir Taman Muhibah, Kajang; V. Sugumaran, 34, alamat terakhir di Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang; dan S. Tinakaran, 33, alamat terakhir di Taman Asa Jaya, Kajang, Kajang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sehingga kini enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan, dengan dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis masih giat mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pada 13 September 2020 lepas, melibatkan kematian seorang lelaki berumur 26 tahun yang ditemukan dengan kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau individu yang sedang dicari, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat ASP S. Vekram dengan menelefon 019-4737108. - Bernama

Iklan