Gempa bumi kuat landa utara Laut Maluku

Iklan
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 2.06 petang Rabu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) - Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 2.06 petang Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 163 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 67 km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan