PRN: DAP sedia bincang dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan
Iklan
Kor Ming
SHAH ALAM - DAP sedia mengadakan perbincangan dengan semua parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk Barisan Nasional (BN) dalam usaha memenangi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Memetik laporan Astro Awani, Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, kemenangan parti-parti komponen yang membentuk kerajaan hari ini amat penting bagi memastikan situasi politik negara kembali stabil.
Iklan
Iklan
"PRN ini memang sangat penting untuk memastikan politik negara kita terus stabil, oleh kerana itu kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan dijadikan satu kayu ukur supaya negara boleh terus mempunyai kestabilan politik.
"Tanpa kestabilan, ekonomi (negara) tidak dapat dibangunkan dan rakyat tidak dapat mengecapi atau menikmati hasil daripada perancangan rapi yang sedang dilakukan.
Iklan
Dalam pada itu Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berpandangan, gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan adalah pilihan terbaik untuk mengemudi negara terus ke hadapan.
Mengimbas polemik politik negara untuk lima tahun lalu, Ahli Parlimen Teluk Intan itu menyatakan, Malaysia tidak dapat ke hadapan ekoran situasi politik yang tidak berkesudahan, sekali gus menjejaskan banyak perkara termasuk kemasukan pelabur, ekonomi dan pembangunan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>