Dusuki akan dibantu Khairuddin terajui Majlis Ulamak UMNO
Iklan
Ahmad Zahid (tengah) bersama Dusuki (kiri) dan Khairuddin ketika perjumpaan di Putrajaya - Foto Facebook Ahmad Zahid
SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Ulamak UMNO, Datuk Dusuki Ahmad akan dibantu oleh bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali bagi menerajui majlis berkenaan.
Perkara itu didedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.
Iklan
Iklan
"Tengah hari ini berkesempatan bertemu dengan Dusuki, sahabat lama yang saya isytiharkan namanya waktu Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu sebagai Pengerusi Majlis Ulamak UMNO yang baharu ditubuhkan.
"Saya mengenali beliau lama bukan sahaja sebagai ulamak, pemikir dan veteran UMNO, tetapi sebagai seorang sahabat yang saya sendiri pernah diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim waktu beliau menjadi Menteri Kewangan untuk saya membantu Dusuki yang diamanahkan selaku Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), manakala saya sebagai Pengerusi Yadim Holding.
Iklan
"Insya-ALLAH beliau juga akan dibantu oleh Khairuddin yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid, sebagai seorang ustaz yang berkelulusan Sarjana dalam Bidang Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Dusuki pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Wilayah dan Kementerian Penerangan dari tahun 1982-1990; Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1976-1984; Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO dan Setiausaha Biro Agama UMNO.
Iklan
"Selaku tokoh agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan di kalangan ulamak dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara, saya percaya Dusuki mampu membantu saya dan UMNO untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiyyah, pendidikan Islam dan tarbiyyah dalam parti,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>