MR D.I.Y. dinobat ‘Putra Enterprising Brand of the Year’
Iklan
Goh (kanan) menerima anugerah ‘Putra Enterprising Brand of the Year’ 2022 daripada Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Andrew Lee (tengah) dan Pengerusi Penganjur, Putra Brand Awards 2022, Datuk Johnny Mun (kiri).
KUMPULAN MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) telah dinobatkan sebagai"Putra Enterprising Brand of the Year” dalam edisi Putra Brand Awards 2022 baru-baru ini.
Pencapaian itu merupakan tahun kedua berturut-turut MR D.I.Y. menerima Putra Brand Award kerana pada tahun 2021, peruncit tersebut telah menerima anugerah ‘Emas’ bagi kategori runcit.
Iklan
Iklan
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, anugerah itu amat bermakna kerana ia adalah hasil undian pengguna dan visi kami di MR D.I.Y. adalah untuk menyediakan barangan keperluan kepada rakyat dengan janji"Always Low Prices” dan anugerah ini membuktikan bahawa kami berjaya memenuhinya dengan efektif.
"Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan mereka yang berterusan dan mendedikasikan anugerah ini kepada 16,000 kakitangan atas kesungguhan dan usaha gigih mereka.
Iklan
"Anugerah ini telah memberi lebih inspirasi kepada kami untuk mencipta pengalaman peruncitan yang inovatif sekali gus memenuhi imaginasi pengguna, menyampaikan nilai, serta mencipta impak yang positif dalam kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Putra Brand Awards adalah unik kerana ia berdasarkan pilihan orang ramai dan anugerah tersebut menjemput orang awam mengundi jenama kegemaran mereka dalam pelbagai kategori yang kemudiannya dinilai melalui kaedah penyelidikan pengguna yang terperinci dengan menggunakan respons pengguna yang direkodkan terus oleh Ipsos, sebuah peneraju global dalam penyelidikan pasaran.
Iklan
Pada tahun 2022, lebih 6,000 pengguna telah menghantar 25,000 respons untuk menentukan jenama yang akan menjadi peneraju pasaran dalam kategori masing-masing.
‘Putra Enterprising Brand of the Year’ adalah salah satu anugerah yang paling mendapat tumpuan dalam acara tersebut.
Ia mewakili pencapaian cemerlang penerimanya dalam membangunkan sebuah jenama yang berjaya mencipta jejak yang kukuh dalam pasaran antarabangsa melalui inovasi produk atau perkhidmatan, pemasaran yang komprehensif dan program komunikasi serta komitmen tanggungjawab sosial korporat yang tinggi.
Anugerah-anugerah pada tahun ini telah diumumkan dan disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 13 Januari lepas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>