[VIDEO] Kerajaan cari alternatif selain pengeluaran KWSP

Iklan
Anwar ketika berucap di hadapan Penjawat Awam di Negeri Perlis di Dewan 2020 di Perlis pada Isnin.

KANGAR - Kerajaan bercadang untuk mencari alternatif lain bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup berbanding membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana baki simpanan majoriti pencarum adalah sangat kecil.

Iklan
Iklan

Katanya, simpanan terbabit lebih penting untuk masa depan mereka atau keperluan lain yang lebih mendesak.

"Saya bimbang masa depan mereka, jadi lebih baik kita (kerajaan) cari jalan untuk bantu mereka," katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Negeri Perlis di Dewan 2020 di sini pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 adalah sebagai langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Iklan

Tambah beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada pencarum KWSP yang mahu pengeluaran dibenarkan sekali lagi.