HQE 2, UMS berjaya buat pembedahan otak pesakit sedar penuh

Iklan
Hospital Queen Elizabeth 2.

KOTA KINABALU - Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melakukan pembedahan otak ke atas seorang pesakit dalam keadaan sedar penuh iaitu yang pertama seumpamanya dijalankan di negeri ini pada Khamis.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pembedahan secara sedar atau ‘awake craniotomy’ itu dijalankan di Dewan Bedah HQE 2 di sini.

Iklan
Iklan

Katanya, pembedahan itu usaha Pakar Bedah Otak HQE 2 iaitu Mr (Dr) M Sofan Zenian dan Mr (Dr) Hezry Abu Hasan, bersama Pakar Bius Otak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS, Dr Yeap Boon Tat serta Pakar Perunding Kanan Pembedahan Otak Hospital Sungai Buloh, Mr (Dr) Liew Boon Seng.

"Pesakit merupakan seorang wanita berusia 50 tahun yang mengalami simptom sakit kepala sejak Oktober 2022 dan disahkan menghidap ‘multiple meningioma’ di bahagian kiri otak setelah didiagnosis di HDOK Sandakan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, keputusan untuk melakukan pembedahan otak menggunakan teknik ‘awake craniotomy’ bertujuan untuk merawat dan seterusnya membolehkan pesakit menjalani kualiti kehidupan lebih baik yang pesakit sebelum ini berdepan keadaan klinikal dan gejala yang teruk.

Pembedahan otak ‘awake craniotomy’ diperkenalkan di dunia sejak awal tahun 2000 dan pembedahan ini telah dimulakan di Malaysia sejak awal 2010 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah (HSA). - Bernama

Iklan