Bapa pukul, ugut tetak anak gara-gara main telefon

Iklan

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Berang anak perempuannya bermain telefon hingga lewat malam, seorang bapa bertindak memukul dan mengugut untuk menetak mangsa dengan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah di Lembah Subang pada Jumaat.

Bagaimanapun tindakan lelaki berumur 56 tahun itu membawa padah apabila suspek diberkas pada hari sama oleh sepasukan anggota polis yang menyerbu lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 1.18 petang.

"Suspek juga sebelum itu bertindak memukul mangsa berumur 15 tahun itu dengan menggunakan tali pinggang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kira-kira jam 10.30 malam bagi memberkas suspek.

"Polis turut merampas parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian dan suspek kemudiannya direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001," jelasnya.